Baca Juga

KLANG: Tindakan pantas polis
berjaya menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini apabila konvoi
Bersih bertembung dengan kumpulan Baju Merah di sini pada Sabtu.
Konvoi Bersih itu tiba di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada
tengah hari, tetapi kumpulan Baju Merah sudah sedia menunggu dengan
membawa poster anti-Bersih.
Bagaimanapun anggota polis yang dibantu Unit Simpanan Persekutuan
(FRU) bertindak pantas membentuk halangan bagi memisahkan kedua-dua
kumpulan tersebut daripada bersemuka.
Konvoi bersih kemudiaannya beredar bagi mengelak bertembung dengan
kumpulan Baju Merah tetapi kembali ke lokasi sama kira-kira pukul 3
petang.
Kedua-dua kumpulan meninggalkan kawasan terbabit kira-kira sejam kemudian.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Polis Selangor, Timbalan
Komisioner Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, pihaknya tidak akan
menghalang mana-mana pihak untuk menganjurkan tunjuk perasaan selagi
mematuhi Akta Perhimpunan Aman.
Jelas beliau, konvoi Bersih tidak melanggar sebarang undang-undang kerana mereka telah memohon permit daripada pihak polis.
"Jika ada pihak mahu menganjurkan program dan mematuhi undang-undang,
sudah pasti polis tidak akan menghalang mereka. Tetapi kami tidak akan
teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar
peraturan dan mencetuskan kekecohan.
"Keselamatan merupakan kepentingan utama dan sudah menjadi
tanggungjawab kami untuk memastikan penunjuk perasaan mematuhi
undang-undang serta menepati janji mereka," katanya.
Source:
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/10/23/bersih-klang/
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/10/23/bersih-klang/
loading...
Tindakan Pantas Polis Elak Bersih, Baju Merah Bertembung
4/
5
Oleh
pengertians