Baca Juga
Seorang penjual teh warga Pakistan menjadi popular
sekelip mata selepas mendapat kontrak sebagai model apabila gambar wajah
kacaknya dikongsikan sehingga viral.
Jurugambar Jiah Ali yang berpangkalan di Islamabad merakamkan gambar
Arshad Khan semasa jejaka berusia 18 tahun itu sedang bekerja di sebuah
bazar di ibu negara Pakistan.
Dia kemudiannya memuat naik gambar lelaki bermata biru itu di akaun
Instagramnya menerusi kapsyen dengan nada gurauan, "Hot-tea" (Teh
panas).
Gambar remaja itu mendapat lebih 12,000 tanda suka (like) dan komen daripada ribuan pengikut yang meminatinya.
Remaja berkenaan memberitahu dia turut berminat dalam lakonan.
Bercakap kepada Samaaa TV, seramai 40 sehingga 50 gadis
datang berjumpa dengannya dalam tempoh beberapa jam, susulan gambarnya
yang kini menjadi viral.
Source:- telegraph.co.uk
loading...
Penjual Teh Kacak Jadi Model Selepas Gambar Viral
4/
5
Oleh
pengertians