Baca Juga
Pelakon Lagenda Tanahair, Datuk Aziz Singah, telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor pada jam 11.10 malam tadi (jumaat).
Pelakon veteran tersebut meninggal dunia akibat daripada penyakit kanser prostat. Berita ini dimaklumkan oleh anaknya sendiri, Muhammad Daniel Aziz.
Anaknya turut memaklumkan Arwah Datuk Aziz telah nazak ketika di rawat di Pusat Kanser Negara, Putrajaya kira-kira jam 10.00 malam tadi. Ahli Keluarga sebulat suara ingin membawa arwah balik ke rumah.
Kira-kira setelah sejam berada di rumah, Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahyarham akan dimandikan di Masjid Putra Malaysia dan akan disemadikan di Kampung Bongek, Rembau Negeri Sembilan iaitu tempat kelahirannya sebelum solat zohor nanti (sabtu).
Allahyarham menghidap penyakit kanser prostat sejak beberapa tahun lalu dan sejak itu beliau sering berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
loading...
AL-FATIHAH... PELAKON LAGENDA TANAHAIR TELAH MENINGGAL DUNIA MALAM TADI, DI SINI.... | Pontianak Informasi
4/
5
Oleh
pengertians